Wednesday, July 1, 2009

Tuesday, January 2, 2007

Selamat Tahun Baru 2007 dan Selamat Kembali Ke Sekolah

Musim cuti telahpun berakhir dan esok, seluruh pelajar Kawasan B di seluruh Malaysia bakal memulakan pembelajaran mereka di sekolah masing-masing.

Hari ini, pelajar Kolej telahpun mendaftar pagi tadi. Tidak dilupakan juga buat ‘junior-junior’ baru untuk tahun 2007 ini. Tahniah dan Selamat Datang kami ucapkan kepada anda.

Jadi, Selamat Tahun Baru 2007 dan Selamat Kembali Ke Sekolah. Semoga tahun ini bakal memberikan anda sebuah lagi semangat dan iltizam untuk terus berusaha dan berjaya.

Admin.

Friday, December 29, 2006

64 Orang Pelajar Mendapat Semua A Dalam PMR 2006!

Tahniah buat 64 orang pelajar Tingkatan 3 (2006) yang telah berjaya mendapat kesemua A dalam peperiksaan awam PMR yang telahpun diadakan pada Oktober 2006 yang lalu. Semoga anda akan terus berjaya di masa hadapan kelak. Syabas dan tahniah!

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca!

Laman Blog Rasmi Kolej DPAH Abdillah diwujudkan bagi memberi informasi terkini kepada pelajar sebagai sumber alternatif bagi mereka yang mahukan informasi tentang sekolah mereka di laman maya. Selain itu, laman blog ini juga diwujudkan bagi menggantikan laman web portal Kolej yang telahpun dihapuskan oleh pihak penyedia server percuma iaitu Byethost dan CDCNet atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Admin.